
“Syarikat yang semakin berkembang itu mencerminkan kejayaan melalui inovasi, kepimpinan yang kukuh dan komitmen terhadap kualiti. Dengan reputasi yang baik dan penyesuaian kepada perubahan,syarikat bukan sahaja berkembang pesat, tetapi juga memberikan nilai tambah kepada masyarakat.”
BIENA SANA GROUP SDN. BHD. (1373142-D) adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001).
Profesi dalam bidang pembinaan rumah bermula pada tahun 2012 secara kerjasama di antara En. Mohd Najid bin Mohd Salim(PENGARAH) dengan syarikat tempatan. Sebanyak 22 buah rumah berjaya dibina hasil kerjasama tersebut.
Pada tahun 2014, Syarikat BIENA SANA ENTERPRISE telah ditubuhkan dan memulakan langkah bergerak sendiri sebagai kontraktor bina rumah.
Hasil perkembangan Syarikat yang memberangsangkan, BIENA SANA GROUP SDN. BHD.(1373142- D) telah ditubuhkan pada tahun 2020, dan syarikat ini juga menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutamanya kerja-kerja membina rumah persendirian.
Seterusnya, pada tahun 2020 sehingga tahun 2023, dengan rencana kerja yang teraturserta hasil kerja yang memuaskan BIENA SANA GROUP SDN. BHD. (1373142-D) terus mengorak langkah sekaligus berjaya menjadi Syarikat yang lebih dikenali di Pekan Pahang.
BIENA SANA GROUP SDN. BHD. (1373142-D) akan terus berkembang serta melebarkan cabang perniagaan dan menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dengan sokongan yang berterusan daripada pihak pengurusan dan kakitangan yang proaktif serta berdedikasi.
BIENA SANA GROUP SDN. BHD. komited untuk meningkatkan daya saing serta menyasarkan untuk terus berinovasi, menjalankan operasi dengan kecekapan tinggi dan membina ekosistem yang menyokong pertumbuhan yang mampan. kami berusaha untuk menjadi pilihan pertama pelanggan dan menerajui perubahan positif dalam industri.